Tag Archives: putera sulong

Tebus Backpack Bonuslink di Stesyen Shell

Semalam masa singgah kat stesen minyak Shell aku nampak ada banyak barang-barang kat sudut Redemption On-The Spot Bonuslink. Ada payung, kain tuala mandi, botol air, backpack dan juga air mineral.

Bonuslink On The Spot Redemption

Aku ambik backpack untuk tebus mata ganjaran Bonuslink yang aku duk kumpul sekian lama. Seingat aku lah, ini dah kali ke empat aku tebus barang kat Shell. Backpack dah dua kali. Backpack ni aku berhajat untuk hadiah kan kepada putera sulung aku, Danial. Mesti dia happy punyalah dengan backpack baru ni. Continue reading

(2472)

Selamat Hari Lahir Danial

Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 9 tahun buat putera sulungku Akmal Danial. Dah besar anak teruna ku rupanya. Sudah darjah 3 dan dah boleh berkhatan agaknya ye cuti sekolah nanti.Hehe. Aku dulu berkhatan masa tingkatan 1. Korang pulak masa darjah berapa? Cer citer…

Seperti biasa macam tahun-tahun sebelumnya jugak, dan seperti kebiasaan pada hari lahir atau hari jadi, kek pasti akan menjadi sajian utama dan perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran. Kek hari jadi kali ini XYL aku telah menempah dengan rakan sekerjanya. Kiranya home made lah dan aku rasa tak payahlah aku sebut nama orang yang buat kek tu kat sini. Tapi kalau korang nak tahu sangat aku bagi tahu je lah. Nama dia Kak Yan.
Continue reading

(2185)

Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Salam Semua,

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah usia ikatan perkahwinan aku dan XYL yang ke 9 tahun.

Alhamdulillah segala kesenangan dan kesusahan dapat kami harungi bersama dengan penuh kesabaran.

Pengalaman banyak mengajar kami di dalam menempuhi hidup di alam rumah tangga. Pahit dan manis adalah lumrah di dalam kehidupan bekeluarga. Continue reading

(1420)